Skip to main content

Day-3

Hari ni kami pindah ke unit lain.

Kisahnya begini :

Urusan sewa flat masih belum selesai. Tiga hari memang tak cukup untuk urusan penyewa-ejen-tuanrumah.

Flat kedua yang kami tengok semalam sesuai di hati Iman. Hari ni baru dapat jawapan dari tuanrumah. Baru tadi ke bank masukkan duit terus ke akaun ejen (kerana kalau international online transfer ambil masa beberapa hari lagi) sedangkan kami nak pindah minggu ni, minggu depan kelas dah mula.

Mujurlah bawa cash lebih sebab ejen minta :
- 2 bulan security deposit
- 3 bulan rental advance

Di samping tu, international guarantor (kita la tu kan) : ID, prove of income etc

Jika berjalan lancar, Jumaat ini bolehlah dapat kunci 🤲. Kemas apa yang patut dulu. Sabtu boleh check out dari sini dan bawa beg pindah masuk ke sana.

Pengajarannya ;

Kena spare 2-3 minggu jika nak menyewa rumah luar kampus. Seminggu untuk urusan menyewa, kemudian barulah boleh buka akaun bank, daftar GP, daftar telefon etc.

Kesimpulannya ;

Duduk dalam kampus lagi senang sebenarnya. Cuma bayar sewa bilik. Lain-lain eg bil utiliti semua termasuk dah. Jimat. Alamat pun dah siap-siap ada, boleh terus buka akaun bank.

Tetapi bagi budak ni yang dah pernah duduk asrama, kemudian menyewa rumah duduk seorang, kemudian duduk rumah sendiri seorang uruskan semua bil utiliti sendiri; dia pilih untuk tak U-turn ke asrama semula. Dia nak move forward. Pada dia, pergi naik bas 40 minit dari flat sewa ke kampus tu tak apa, dia anggap seolah-olah macam dia pergi kerja dari rumah bila di KL nanti. Bangun lambat, sedialah jawapan kat bos/pensyarah.

Lagi satu, makanan halal senang nak dapat di bandar. Banyak.

Cuma kali ini, dia tak duduk sendiri, dia berkongsi rumah dengan 2 lagi. Tak tahan kalau nak bayar sendirian. Mahal.

(Apartment kami duduk sewa sekarang, memanglah besar dapur dan living room)



Comments